Thursday, 26 April 2012

As Salaamu Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh

Memulakan pertemuan dengan memberi salam adalah sunat.

Antara dalil tentang kelebihan memberi salam sebagaimana sabda Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam yang bermaksud:

"Tiga golongan, semua mereka itu dijamin oleh Allah, jika dia hidup akan diberi kecukupan dan jika dia mati akan masuk syurga, iaitu: Sesiapa yang masuk rumahnya dengan memberi salam, maka dia dijamin oleh Allah 'Azza wa Jalla, sesiapa yang keluar pergi ke masjid, maka dia dijamin oleh Allah dan sesiapa yang keluar untuk pergi berjihad di jalan Allah, maka dia dijamin oleh Allah." (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik, beliau berkata: "Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam bersabda kepadaku:

Maksudnya: "Wahai anakku! Apabila engkau masuk berjumpa ahli keluargamu berilah salam nescaya akan mendatangkan keberkatan ke atasmu dan ahli keluarga rumahmu." (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

InsyaAllah..kita semua akan dirahmati & diberi keberkatan oleh Allah swt melalui pertemuan di alam blog ni..

Salam perkenalan kepada semua.